Pada hari ini saya telah ke Kampung Ithnin Maarof di Mukim Machap, Kluang untuk membuat lawatan ramah mesra kepada penduduk di sekitar kampung. Turut bersama saya ialah YB Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Hentian pertama lawatan saya adalah di Perusahaan Pelbagai Biskut Rusfa Enterprise, sebuah IKS yang menghasilkan kuih bahulu. Saya benar-benar menikmati kuih bahulu hasil mereka. Jika ada peluang, saya sarankan agar beli kuih bahulu hasil buatan mereka.
Seterusnya, saya telah menziarahi dua buah keluarga asnaf di kediaman mereka masing-masing untuk lebih memahami masalah yang mereka hadapi serta keperluan mereka. Mendengar masalah mereka, saya menghulurkan sumbangan dan berharap ia dapat meringankan beban mereka.
Selepas ziarah kasih keluarga-keluarga asnaf, saya sempat bersantap di Warung Suka-Suka dan menikmati hidangan yang disediakan sambil beramah mesra dengan warga kampung. Di sana, saya dapat beramah mesra dengan beberapa penduduk di mana mereka turut berkongsikan pelbagai kisah mereka dengan saya. Bagi saya, inilah cara yang terbaik untuk lebih memahami dan mendekati rakyat Johor.
Tidak lupa juga warga kampung dari golongan belia, saya turut bertemu dengan anak-anak muda di Dewan Kampung Ithnin Maarof. Mereka ini merupakan masa depan kampung dan sebagai Ketua aktiviti belia di negeri Johor, saya akan berusaha untuk mendapatkan peluang pembelajaran dan pekerjaan yang terbaik untuk mereka supaya mereka dapat membawa pembangunan kepada kampung halaman mereka.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
---
Today I visited Kampung Ithnin Maarof in Machap, Kluang to meet and greet villagers around the area. Together with me was YB Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Johor State Secretary.
My first stop was the Perusahaan Pelbagai Biskut Rusfa Enterprise, a SMI company that makes kuih bahulu. I really enjoyed their kuih bahulu. If you get the chance, I would recommend buying kuih bahulu from them.
Next, I made a visit to two families whom are in need of aid at their respective homes to get a better idea of the issues they faced and what their needs were. Having heard them, I made a contribution to them and I hope it will lighten their burdens.
After the house visits, I stopped by at Warung Suka-Suka for a break and enjoyed some of the local fare. There, I managed to speak with some more villagers where they shared many of their stories with me. To me, this is the best way to better understand and be closer with my people.
Not forgetting the youths in the village, I met with them in the Kampung Ithnin Maarof Community Hall. They are the future of the village and as the leader of youth activities in Johor, I will work hard to provide them the educational and career opportunities that they deserve so that they may bring development to their village.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor